Monday, July 30, 2012

KASIHNYA IBU


Di suatu hari yang panas terik, telah terjadi kejadian kemalangan yang begitu dasyat. Pada hari tersebut sebuah lori telah melanggar sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Lori seberat 6 Tan dengan kelajuan 80KM/J hilang kawalan lalu telah melanggar sebuah kereta akibat tayar meletup secara tiba-tiba. Kejadian tersebut melibatkan sebuah keluarga yang mempunyai anak kecil. Jalan raya menjadi sesak di kedua-dua arah dan berlaku situasi yang mencemaskan kerana melibatkan kematian dan cedera parah. Pemandu lori tersebut telah mati di tempat kejadian berikutan cedera parah dikepalanya. Manakala sebuah kereta terdapat sepasang suami isteri serta anak kecil dalam keadaan yang menyedihkan. Si ayah telah kembali ke rahmatullah akibat hentakkan yang amat kuat dan si ibu pula tersepit kakinya pada kenderaan yang dinaikinya sambil memeluk erat anak kecil berusia kira-kira 7bulan yang ketika itu menangis. Beberapa ketika, hadir penyelamat iaitu anggota bomba bergegas untuk menyelamatkan mangsa kemalangan tersebut. Seorang anggota bomba tersebut melihat suatu peristiwa yang menyayat hati iaitu seorang ibu yang begitu kasih akan anaknya. Dalam keadaan yang begitu sukar anggota bomba tepaksa menggunakan alat pemotong besi kerana keadaan kaki si ibu begitu sukar untuk dikeluarkan. Si anak menangis teresak-esak dimana merasa kesakitan yang teramat akibat kemalangan tersebut. Si ibu dalam keadaan menahan sakit itu tadi terus mendakap rapat dan menyusukan anaknya sambil menitiskan air mata. Si ibu ketika itu mengalirkan begitu sayu apabila melihat keaadaan anaknya dan suaminya. Suaminya yang tercinta telah hilang nyawa dihadapan matanya sendiri. Si anak itu tadi telah terhenti tangisan apabila mendapat susuan dari ibunya sendiri. Dengan keadaan berlumuran darah si ibu mula lemah akibat banyak darah yang telah keluar. Si ibu sering mencium anaknya yang sedang dalam dakapannya. Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan si ibu tersebut tetapi malangnya si ibu tiba-tiba melepaskan dakapan anaknya yang sedang menyusu. Anggota bomba tersebut terus mencapai si anak itu tadi dan rupanya si ibu itu tadi telah pergi buat selamanya. Meratapi saat itu membuatkan air mata anggota bomba itu mengalir tanpa disedari... di hatinya terdetik “begitu besar pengorbanan ibu yang begitu mengasihi anak hingga ke akhir hayatnya”....

2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana singgah ke teratak saya nie. Entry nie memang sangat mengharukan.... Sampai2kanlah kepada rakan2 bloger ye...

      Delete