Wednesday, July 25, 2012

BAGAIMANAKAH SAYA UNTUK MEMBERITAHUMU

Alkisah. Ada serorang Nabi yang bersahabat dengan malaikat maut. Pada suatu hari, Nabi Allah ini berkata kepada malaikat maut, bila tiba masanya enngkau mencabut nyawaku, mahukah engkau memberitahunya awal-awal lagi sebelumnya? Malaikat maut menjawab: Kerana engkau Nabi Allah, aku akan turuti permintaanmu itu!

Singkat ceritanya, setelah beberapa lama kemudian datanglah malaikat maut menjumpai Nabi, kebetulan Nabi Allah ini saat itu sedang berehat. Wahai Nabi Allah, sekaranglah saatnya aku ditugaskan Allah untuk menjemputmu!

Nabi Allah menjawab: Wahai malaikat maut, lupakah engkau kepada perjanjian kita, lupakah engkau kepada janjimu? bukankah engkau telah berjanji akan memberitahu aku terlebih dahulu sebelum ketika ini tiba, mengapakah engkau mengingkari janji ?" kata Nabi Allah ini dengan terhairan-hairanan. Malaikat maut menjawab: Sebenarnya aku tidak pernah mengingkari janji, aku juga tidak lupa kepada kesepakatan kita, hanya engkau sahaja yang tidak menyedari.
Nabi Allah menjawab: Maksudmu engkau telah memberitahu aku sebenarnya?
Malaikat maut menjawab: Benar wahai Nabi Allah, bahkan aku berkali-kali memberitahu dan memperingatkanmu.

Nabi Allah ini bertanya lagi: Bilakah itu engkau lakukan?Malaikat menjawab: Wahai Nabi Allah, bukankah sebulan yang lalu engkau ada memikul jenazah si polan, tidak sedarkah engkau bahawa saat itu akulah yang datang, bukankah seminggu yang lalu engkau ada memandikan mayat di Pulan? Tidak tahukah engkau bahawa saat itu aku jugalah yang mengunjungi? Bukankah kelmarin engkau ada menyembahyangkan jenazah si orang? Lupakah engkau bahawa saat itu akulah yang bertamu? Bukankah tadi pagi engkau ada menguburkan si Pulan? Masih belum tahu dan belum sedarkah engkau bahawa saat itu akulah yang menjemputnya? Kalau semua itu belum cukup, lalu dengan cara bagaimana lagi aku mesti memberitahumu...

No comments:

Post a Comment